Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah inisiatif kerajaan Malaysia di bawah Belanjawan 2025 bagi membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Mulai 31 Ogos 2025, semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerima RM100 one-off yang dikreditkan terus ke MyKad masing-masing.

Dengan sistem cashless MyKad, rakyat boleh membeli barangan asas terpilih di lebih 7,300 kedai berdaftar seluruh negara tanpa perlu mengeluarkan wang tunai.
Jenis-Jenis Bantuan SARA
| Jenis Bantuan SARA | Jumlah | Kelayakan | Tempoh |
|---|---|---|---|
| SARA Untuk Warganegara Malaysia 18+ | RM100 one-off | Rakyat Malaysia 18+ | 31 Ogos – 31 Dis 2025 |
Info Penting:
- RM100 one-off ini akan auto-credit tanpa perlu sebarang permohonan.
- Sistem hanya mengiktiraf MyKad aktif berdasarkan data JPN.
Cara Guna SARA: Panduan Lengkap
Semak dahulu SARA anda menerusi laman sesawang rasmi kerajaan sara.gov.my.
Langkah 1: Cari Kedai Yang Menerima SARA
Pastikan kedai mempunyai logo/banner SARA. Antara kedai yang menyokong sistem ini:
- Pasar Raya Besar: Lotus’s, AEON, Giant, Mydin
- Senarai Kedai Mykasih Sara Seluruh Malaysia
Rujuk direktori penuh di portal rasmi sara.gov.my.
Langkah 2: Pilih Barangan Yang Dibenarkan
SARA hanya sah untuk 14 kategori barangan asas berikut:
- Beras & Bijirin
- Minyak Masak
- Tepung & Gula
- Ikan & Ayam
- Sayuran & Buah-buahan
- Susu & Produk Tenusu
- Telur
- Roti & Makanan Asas
- Ubatan & Vitamin
- Produk Kebersihan
- Pampers & Keperluan Bayi
- Sabun & Syampu
- Ubat Gigi
- Air Minuman
Tidak dibenarkan: rokok, alkohol, barang elektronik, pakaian, jajan, petrol, dan barang bukan asas.
Langkah 3: Proses Pembayaran di Kaunter
- Serah MyKad → cashier akan scan untuk pengesahan.
- Letak barang di kaunter → sistem akan semak kategori.
- Buat pengesahan biometrik → letak ibu jari pada mesin.
- Resit dicetak → baki SARA dipaparkan.
Cara Semak Baki & Status SARA
- Portal Rasmi: Layari sara.gov.my untuk semakan baki & transaksi.
- Tekan butang “Semak Kelayakkan”
- Masukkan nombor kad pengenalan anda dan buat semakan.
Perkara Yang Perlu Elakkan
- Menggabungkan barang SARA + non-SARA dalam satu resit.
- Menggunakan MyKad rosak atau tidak aktif.
- Cuba berbelanja di kedai yang tidak berdaftar.
Tips Maksimumkan RM100 SARA
- Beli barangan pukal → beras 10kg, minyak botol besar.
- Gunakan awal bulan → stok segar & harga stabil.
- Belanja fokus → utamakan beras, minyak & gula.
- Gabung ahli keluarga → 4 orang layak = RM400 sekeluarga.
Masalah Lazim & Penyelesaian
- MyKad tidak dikesan → bersihkan chip & cuba mesin lain.
- Transaksi gagal → pastikan semua barang kategori SARA.
- Baki tidak cukup → bayar lebihan dengan tunai/kad/e-wallet.
- Sistem error → tunggu 5 minit atau cuba kedai lain.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Boleh guna SARA untuk online shopping?
Tidak. Ia hanya sah di kedai fizikal dengan pengesahan biometrik.
2. Kalau baki tak habis, adakah burn?
Tidak. Ia akan carry forward sehingga 31 Disember 2025.
3. Boleh transfer ke ahli keluarga?
Tidak boleh. SARA terikat dengan MyKad individu.
4. Apa jadi kalau MyKad hilang?
Buat MyKad baru di JPN, baki akan pindah automatik dalam 7-14 hari bekerja.
Kesimpulan
SARA Bantuan RM100 MyKad 31 Ogos 2025 adalah peluang untuk rakyat Malaysia berjimat dalam membeli barangan asas. Dengan memahami kedai yang sah, kategori barang yang dibenarkan, dan cara pembayaran, anda boleh memaksimumkan manfaat bantuan ini.