[TERKINI] : CARA SEMAK STATUS SARA RM100 ADA NAMA ATAU TAK?

group b40    

Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 23 Julai 2025 sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia. Semua warganegara berumur 18 tahun ke atas secara automatik layak menerima kredit RM100 one-off yang boleh digunakan melalui MyKad bermula 31 Ogos 2025 hingga 31 Disember 2025.

Ramai yang tertanya-tanya: “Ada ke nama saya dalam senarai penerima SARA 100?”. Artikel ini akan terangkan cara semakan yang betul.


Syarat Kelayakan Penerima SARA 100

Sebelum buat semakan, pastikan anda memenuhi syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia dengan MyKad sah.
  • Berumur 18 tahun ke atas pada tahun 2025 (lahir pada 2007 atau lebih awal).
  • Data rujukan adalah daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) setakat 31 Julai 2025.
  • Tidak perlu memohon, kerana penerimaan adalah automatik.

Cara Semakan SARA 100 Ada Nama Atau Tak

1. Semakan Melalui Portal Rasmi SARA

  • Layari laman web rasmi: https://sara.gov.my
  • Ketik butang “Semak Kelayakan”.
  • Masukkan No. MyKad untuk semakan status.
  • Tunggu sebentar dalam 30 saat untuk butang “Semakan Status” aktif.
  • Selepas itu ketik butak “Semakan Status” tersebut.
  • Portal mula dibuka pada 21 Ogos 2025.

Jika nama anda tiada dalam senarai penerima, anda boleh hubungi Kementerian Kewangan melalui e-mel: sara@treasury.gov.my untuk pertanyaan lanjut.


2. Hubungi Talian Bantuan MyKasih

  • Nombor: 03-7720 1800
  • Waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang
  • Sesuai untuk mereka yang ingin kepastian status kelayakan atau ada isu berkaitan MyKad.

Bila RM100 SARA Dikreditkan?

  • 31 Ogos 2025 – Kredit RM100 akan dimasukkan secara automatik ke dalam MyKad.
  • Tempoh guna: 31 Ogos 2025 hingga 31 Disember 2025.

Contoh: Jika satu keluarga ada 4 orang dewasa berumur 18 tahun ke atas, jumlah keseluruhan yang diterima adalah RM400.

group b40    


Cara Guna SARA 100

  1. Bawa MyKad ke kedai runcit / pasar raya terlibat.
  2. Pilih barangan keperluan asas (beras, minyak, telur, roti, ubat-ubatan, dll.).
  3. Juruwang akan imbas MyKad dan sahkan baki kredit.
  4. Buat pembayaran menggunakan MyKad tanpa tunai (cashless).
  5. Simpan resit sebagai bukti transaksi.

Senarai Kedai & Pasar Raya Terlibat

Lebih 4,100 kedai runcit dan pasar raya seluruh Malaysia termasuk:

  • Mydin
  • Giant
  • Lotus’s (Tesco)
  • Econsave
  • The Store
  • 99 Speedmart
  • Pacific
  • Milimewa
  • Pasar mini bebas terpilih

Senarai penuh boleh disemak di https://sara.gov.my.


Kesimpulan

Semakan SARA 100 ada nama atau tidak boleh dibuat dengan mudah melalui portal rasmi SARA atau menghubungi Talian Bantuan MyKasih. Tiada permohonan diperlukan kerana kelayakan adalah automatik untuk semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang memiliki MyKad.

  • Jadi, pastikan anda semak nama mulai 21 Ogos 2025 dan bersedia menggunakan RM100 one-off SARA melalui MyKad di kedai terpilih seluruh negara.

group b40    
Author: MyStr

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *