Duit STR Fasa 2 2025: Ramai Dah Terima Bayaran Mulai 22 Mac 2025!
Berita baik untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2025! Ramai penerima telah mengesahkan duit STR dah masuk ke akaun bank mereka mulai 22 Mac 2025 (Sabtu). Berikut adalah perkongsian terkini dari penerima seluruh negara:

Contoh Transaksi STR Fasa 2 2025
Berikut adalah maklumat transaksi sebenar yang dikongsi penerima:
- Penerima di Johor
- Masa: 22/03/2025, 02:32 PM
- Jumlah: RM300.00
- Catatan: “Baru jak check. Dh masuk #Sarawak”
- Penerima di Kuala Kubu Baru
- Masa: 22/03/2025, 02:29 PM
- Jumlah: RM150.00
- Catatan: “STR bujang area Kuala Kubu Baru”
- Penerima di Sarawak
- Masa: 22/03/2025, 02:44 PM
- Jumlah: RM300.00
- Catatan: “Area Sri Aman Sarawak da masuk juga saya punya.. blh cek”
Baca Juga : Jumlah STR Fasa 2 Berapa RM?
Nota: Bayaran diagihkan secara berperingkat rata-rata yang menerima awal adalah dari BSN, lain-lain bank mungkin akan dapat seawal isnin ini.
Apa yang Perlu Anda Lakukan Sekarang?
- Semak Akaun Bank anda Ada Masuk
- Log masuk ke aplikasi bank anda.
- Cari transaksi dengan deskripsi: “STR 2025 FASA2”.
- Kemas Kini Maklumat di Portal STR
- Pastikan nombor akaun bank atau kaunter POS dikemaskini di Portal STR Rasmi.
- Hubungi Pusat Khidmat STR Jika Ada Masalah
- Jika belum menerima bayaran, hubungi bank tempat duit str anda masuk.
- Boleh hubungi hotline str mof : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email ke : str@treasury.gov.my
Jumlah Duit STR Fasa 2 2025
Untuk jumlah yang akan diterima setiap orang adalah berlainan mengikut ketegori kelayakan, anda boleh rujuk jumlah bayaran str fasa 2 bagi mendapatkan info lanjut.
Penting: Jumlah bergantung pada status pendapatan dan kategori kelayakan.
Kenapa Ada Penerima Dah Dapat, Saya Belum?
Antara sebab biasa:
- Data tidak lengkap: Pastikan maklumat bank atau alamat POS dikemaskini.
- Agihan berperingkat: Bayaran dihantar mengikut bank, contohnya rata-rata bank BSN sudah dapat, bank-bank seperti maybank, cimb, bank islam, bank rakyat, dll masih belum ada.
Tips Pantas dari Penerima STR
- “Check bank jam 2–3 petang. Biasanya waktu ni duit masuk.” – Penerima di Selangor
- “Selalu memang BSN dapat dulu, tunggu isnin saja.” – Penerima di maybank fasa sebelum
Kesimpulan
Duit STR Fasa 2 2025 kini sedang aktif disalurkan! Jika anda antara penerima yang dah masuk, kongsikan berita gembira ini. Jika belum, jangan bimbang – bayaran akan sampai secara berperingkat mulai isnin ini.
Artikel ini dikemaskini pada 22 Mac 2025 berdasarkan perkongsian terkini penerima.