STR Fasa 3 2025 dijangka masuk pada bulan Ogos 2025 adakah benar?. Ini merupakan bayaran fasa ketiga dalam siri agihan bantuan kewangan di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) oleh kerajaan Malaysia. Berdasarkan corak pembayaran tahun 2024 dan maklumat rasmi Belanjawan 2025, pembayaran ini biasanya dibuat pada suku ketiga tahun dan diagih secara berperingkat mengikut kategori penerima.
Kali ini, kami akan kupas jangkaan tarikh rasmi STR Fasa 3 masuk, perbandingan dengan tahun 2024, serta jadual lengkap bayaran STR mengikut suku tahun (quarterly).

Tarikh STR Fasa 3 2025 Dijangka Masuk
Menurut pengumuman kerajaan melalui Belanjawan 2025, STR akan diberikan secara 4 fasa. Janagkaan kami STR Fasa 3 dijangka akan dikreditkan sekitar Ogos 2025, iaitu dalam Suku Ketiga (Q3).
- Jangkaan Tarikh STR Fasa 3 2025:
- Antara 26 Ogos hingga 30 Ogos 2025 (belum rasmi)
Maklumat rasmi akan dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan atau LHDN di portal https://bantuantunai.hasil.gov.my.
Perbandingan STR Fasa 3 2025 vs STR Fasa 3 2024
Untuk memberikan gambaran lebih jelas, berikut ialah perbandingan tarikh bayaran STR Fasa 3 pada tahun 2024 dan jangkaan tahun 2025:
Tahun | Tarikh Bayaran STR Fasa 3 | Suku Tahun (Quarter) |
---|---|---|
2024 | 29 Ogos 2024 (Khamis) | Q3 |
2025 | Jangkaan akhir Ogos 2025 | Q3 |
Kerajaan mengekalkan corak pembayaran Fasa 3 pada hujung bulan Ogos, bagi memberi ruang kepada semakan dan pelarasan data penerima selepas Fasa 2.
Jadual Bayaran STR 2025 Mengikut Suku Tahun
Berikut ialah jadual penuh jangkaan bayaran STR 2025 bagi setiap fasa:
Fasa | Tarikh Bayaran (Anggaran) | Suku Tahun (Quarter) |
---|---|---|
Fasa 1 | 22 Januari 2025 | Q1 |
Fasa 2 | 24 Mac 2025 | Q2 (awal sebab raya) |
Fasa 3 | Akhir Ogos 2025 | Q3 |
Fasa 4 | November 2025 | Q4 |
Bayaran dibuat secara berperingkat melalui akaun bank dan penunaian di BSN untuk penerima tanpa akaun.
Kategori Penerima & Jumlah Bayaran STR Fasa 3 2025
Jumlah bantuan STR Fasa 3 yang diterima adalah berbeza mengikut kategori penerima:
Kategori Penerima | Jumlah Bayaran (Anggaran) |
---|---|
Isi Rumah ≤ RM2,500 (0-2 anak) | RM150 – RM350 |
Isi Rumah RM2,501 – RM5,000 | RM100 – RM300 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
Bujang 21-59 tahun | RM50 |
Nota: Jumlah ini adalah sebahagian daripada agihan STR tahunan. Kadar sebenar boleh disemak dalam portal MySTR menjelang bayaran.
Cara Semakan Kelayakan & Bayaran STR
Untuk semak status kelayakan dan jumlah bayaran yang akan diterima:
- Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Masukkan No. MyKad dan Kata Laluan
- Semak status permohonan, kelulusan, dan maklumat pembayaran
Kesimpulan: STR Fasa 3 Bila Masuk?
STR Fasa 3 dijangka masuk pada hujung Ogos 2025, sama seperti tahun-tahun sebelum ini. Penerima digalakkan menyemak maklumat terkini melalui portal rasmi LHDN dan menanti siaran media rasmi daripada Kementerian Kewangan untuk pengesahan tarikh sebenar.
- Nak semak terus bila duit STR masuk? Layari portal rasmi:
- https://bantuantunai.hasil.gov.my